Monday 23 January 2012

TAJUK:TAKDIRMU KUTERIMA.

            kisah cinta antara dua sahabat yang telah jatuh cinta dengan lelaki yang sama.tanpa memikirkn takdir yang seharusnye dipercayainya..bermulalah.......Angin bertiup dengan kencang skali,myebabkan rambut sabrina tak mengikut gerak yang sabrina inginkan...(ditepi pantai kawasan perumahan sabrina).

NUREEN:aku dah agak dah kau mesti ada dekat sini,aku pergi rumah kau,mak kau cakap kau keluar,aku datanglah sini.
SABRINA:kau pun tahukan dekat kampung ni kat sinilah tempat yang paling seronok,sejak kecil kita membesar kat sini,sampai ombak kat sini pun dah naik menyampah tengok muka kau.
NUREEN:aishhhh(memucungkan mulut) aku pula...
SABRINA:(ketawa bila melihat sahabatnya mula memucungkan mulut).kau ni aku gurau jelah,eh!! besokkan kita dah start kerja dekat kilang tu...
NUREEN:ha arrr.... aku ingat kau dah lupa,pasal itu lah aku datang nak bagitahu kau,pengurus kilang  tu call,dia cakap sebelum kita masuk tempat kerja kita kena jumpa dia dulu.
SABRINA:pengurus kita tu perempuan ke lelaki?....(senyum-senyum).
NUREEN:gatallah kau ni....
SABRINA:alaaa.......aku tanya jelah....

keesokan harinya disebuah kilang yang satu-satunya baru didirikan dalam masa setahun yang lepas,dan sekarang telah maju sehingga memerlukan pekerja yang agak ramai,kilang memproses keropok itu mula berkembang setelah berjaya bekerjasama dengan pembekal-pembekal dipenduduk kampung itu).

SABRINA:alamak berdebar-debar hati aku ni..
NUREEN:janganlah cakap macam tu(sambil melabuhkan punggungnya sebelah sabrina yang lengkap berbaju kurung merah hati manakala nureen pula hanya melengkapkan diri dengan baju t-shirt  putih dengan seluar jeans hitam).kau buat macam biasa dah lah,jangan ikutkan sangat takut kau tu.
SABRINA:pandai je kau mengajar aku ye.aku tengok kau tu mcm gelisah tu kenapa?. ..
NUREEN:dah tu kau dari tadi lagi duduk bercakap bukan-bukan..gabra la aku.
SABRINA:yelah-yelah.....

tiba-tiba muncul seorang lelaki berkulit sawa matang yang tinggi dan badannya yang agak tegak membuat pandangan nureen dan sabrina menuju ke arah yang sama,sekali-sekala mereka berpandangan sesama sendiri....suasana menjadi sunyi seketika dan............... 

FAIZAL:cik....(berkali-kali faizal memanggil,tp keadaan nureen dan sabrina seperti dipanah petir)cik... oooo....cik...hiloo..(faizal memetik jari ke arah nureen dan sabrina)...
SABRINA:heii nureen kau ni kenapa(menepuk bahu nureen yang masih lagi di alam yang tidak nyata.)
NUREEN:emmm...ye saya ada apa ye.(nureen merasakan seperti baru bangun dari tidur.)
FAIZAL:ok macam ni mula hari ni awak berdua akan bekerja dibawah saya,kalu ada apa-apa terus jumpa saya,dan satu lagi,nah ini baju uniform kerja yang awak berdua kena pakai..
SABRINA:terima kasih encik.........
FAIZAL:faizal.panggil faizal saja.
SABRINA:mana boleh encik faizal,encik faizal kan bos kita orang,takkan saya nak panggil faizal je.
FAIZAL:tak apa,saya lebih senang kalau pekerja-pekerja saya panggil name saya je,tak payah berencik- encik...(sambil senyum)ok la sekarang awak berdua boleh start kerja, nanti kak leha akan tunjuk tempatnya.
NUREEN:ye lah(sambil melihat faizal yang berlalu pergi)..
SABRINA:oioi.....kau ni kenapa tersengeh-sengeh..tangkap cintan ke?  
NUREEN:aku?.......
SABRINA:ye lah siapa lagi...
NUREEN:oh tidak,tak mungkin aku jatuh cinta....
KAK LEHA:nureen,sabrina lepas ni sy nak awak berdua tukar uniform,lepas tu ikut saya ke tempat area...
SABRINA:ok...(sambil diikuti dengan nureen)..

selepas 5bulan kemudian,macam-macam hal terjadi sehingga sahabat menjadi musuh.


SABRINA:heii nureen kenapa dengan kau ni,ape masalah kau sebenarnya...kau tahukan aku suka dekat faizal tapi kenapa kau boleh keluar dengan dia semalam...(muka sabrina merah seperti udang kena bakar kerana terlampau marah)..
NUREEN:(ketawa kecil)..perempuan tak sedar diri..
SABRINA:kau memang sajakan nak sakitkan hati aku ni,kau dah tahu aku sukakan faizal,tapi kau dekat   juga dengan dia,aku tak sangka perangai kau buruk macam ni.
NUREEN:hei kau jaga mulut kau tu sikit,kau ingat kau baik sangat,bagus sangat ke?....bukan aku tak tahu  yang kau buruk-burukkan nama aku kat faizal...
SABRINA:sudah la...kau jangan ingat aku akan mengalah dengan kau....ingat tu.(sambil melangkah pergi)
KAK LEHA:kenapa dengan kamu berdua ni,pelik lah kak leha tengok,dulu kau orang punya lah rapat,tapi  sebabkan seorang lelaki kau orang bergaduh.sabrina dengar apa yang kak leha nak cakap jodoh pertemuan itu di tangan allah jangan kamu cuba mengubahnya itu salah...
SABRINA:saya tahu kak leha,tapi faizal cakap dia cintakan saya,saya pun cintakan dia.(mata sabrina mula  dipenuhi air mata).
KAK LEHA:sabrina kak leha tahu bukan mudah kita melepaskan seseorang itu,tapi percayalah allah tidak pernah menipu tentang jodoh kita.
SABRINA:kak leha..(sambil memeluk erat kat leha)..


seminggu selepas itu,di sebuah tasik yang sangat indah yang dipenuhi bunga-bunga.air tasiknya jernih menampakkan ikan-ikan di dalamnya...


FAIZAL:sayang....(sambil memegang tangan sabrina)kenapa 3,4 hari ni sayang tak angkat telifon?..abang   ada buat salah ke?
SABRINA:saya sibuk.....(menarik tanganya yang dipegang erat oleh faizal).
FAIZAL:kenapa ni sayang?.abang ada buat salah ke?janganlah macam ni.
SABRINA:sabrina rasa bersalah dengan nureen,kita orang berkawan sejak kecil lagi disebabkan abang  saya dengan sabrina bergaduh dah macam musuh...
FAIZAL:bukan salah sayang,itu yang dia nak...
SABRINA:tapi dari awal lagi saya tahu yang dia sukakan abang,sepatutnya saya mengalah dan menolak..
FAIZAL:heiii sayang,..dengar sini,pandang mata abang,abang ikhlas menyintai sayang..
SABRINA:kalau macam tu abang harus terima keputusan saya.
FAIZAL:keputusan???
SABRINA:ye.lepaskan saya...
FAIZAL:sabrina.(air mata faizal mula mencabar kelakiannya).
SABRINA:maafkan saya,saya tak boleh teruskan hubungan ini selagi nureen tidak restui dan melepaskan abang dengan redha.


FAIZAL:(faizal mengusap-ngusap mukanya dan sekali-kali menyapu air matanya).matilah abang hidup  tanpa sayang.
SABRINA:jangan cakap macam tu..(kini air mata sabrina pula yang mengalir).abang(memegang erat tangan  faizal)jodoh itu ditangan allah,kalau ada jodoh kita mesti bersama...saya sayangkan abang..
FAIZAL:tak boleh ke kita teruskan hubungan ini macam biasa.
SABRINA:jangan abang....percayalah pada takdir allah,setiap yang berlaku pasti hikmahnya.
FAIZAL:sukar untuk abang berjauhan dari sayang,sanggupkah sayang berjauhan dari abang.??
SABRINA:jauh ke,dekat ke,saya akan cuba abang jika ini jalan terbaik untuk kita bertiga..


keadaan dirumah sabrina sunyi sepi,deringan telifon dan nada dari mesej satu pun tidak diendahkan...sabrina melangkah dengan perlahan keluar dari kamarnya yang hanya simple dengan katil dan meja solek yang di letak dipenjuru katil...dan di tambahkan satu almari baju agar biliknya tidak bersepah...


EMAK:kau tak kerja ke hari ni sabrina?
SABRINA:tak mak...
EMAK:kau cuti ke?
SABRINA:emmmm...
EMAK:kenapa dengan kau ni?eh...nureen dah lama tak datang sini,sibuk sangat ke dia?
SABRINA:mungkin la kot.
EMAK:atau kau gaduh dengan dia.??
SABRINA:x ade lah mak.nanti dia cuti datang lah tu.
EMAK:sibuk sangat ke kalau kerja kat situ,mesti penatkan?pasal tu la kot nureen tak dapat datang.
SABRINA:sibuk juga la mak,kan sekarang ni bekalan ikan makin banyak.keropok-keropok tu nak kena siapkan dengan cepat,nanti rosak pula ikan tu..
EMAK:oo...ye tak ye juga...emmm...(menoleh dan memberi senyuman pade anaknya).
SABRINA:abah mana mak?
EMAK:emmm..(sambil mengetatkan bibir)mana lagi kalau bukan ke kedai milah janda tu..kuih yang mak masak ni dah tak sedap kot...
SABRINA:sedaplah mak(ketawa kecil)...
EMAK:kalau sedap tak akan lah abah kau hari-hari makan kat luar tu..(sambil memegang penyapu lidi untuk disapu halaman rumahnya).
SABRINA:abah pergi jumpa kawan-kawan dia je tu mak..(sabrina tahu hanya dia lah satu-satunya anak tunggal dalam rumahnya itu).


majlis makan malam yang di taja oleh pengurus kilang itu diraihkan di sebuah restoran mewah dan diundang semua pekerja yang telah berjaya menaikkan nama kilang diserata tempat.


NUREEN:hai faizal..
FAIZAL:hai.
NUREEN:saya dengar awak dengan sabrina dah putus betul ke?
FAIZAL:em...
NUREEN:tulah dari dulu lagi saya cakap awak tak percaya,memang perangai sabrina tu teruk,mesti kes dia curang kan?
FAIZAL:kenapa awak cakap macam tu,sedangkan setiap kali saya dengan sabrina,sabrina tak pernah nak buruk-burukkan nama awak.(dengan suara yang agak tinggi).
NUREEN:dia tu berpura-pura baik je,macam la saya tak tahu(sambil membetul-betulkan gaung nya yang agak singkat dan paras dada yang agak menonjol).
FAIZAL:sepatutnya awak lebih mengenali dia,sebab awak kawan dia dari kecil.
NUREEN:manusia boleh berubah lah.awak sendiri nampakkan setelah awak memberi cinta tengok dia tinggalkan awak macam tu je...
FAIZAL:dia tinggalkan saya sebab dia tidak mahu kawan baiknya berubah menjadi lebih teruk(meletakkan gelas minuman dan melangkah pergi meninggalkan nureen yang masih tertanya-tanya).




dicelah-celah orang ramai yang sedang berseronok tiba-tiba semua perhatian tertumpu kepada seorang gadis remaja yang dalam likungan 24tahun,baju jubah modennya yang berwarna kuning langsat dan berkasut tumit yang agak tinggi berwarna hitam yang di sepadankan dengan beg tangannya.rambutnya yang tidak pernah diikat disanggulnya dengan penyepit berwarna keemasan.bibirnye kemerahan pink menjadikan kelihatan sangat ayu.malam itu dia menjadi pemerhatian semua pekerja-pekerja dan bos-bos berpangkat tinggi.sabrina mula senyum apabila di tegur kak leha.


KAK LEHA:wowwww cantiknya sabrina...
SABRINA:cantik apanya kak leha,ini baju masa umur sabrina 20thun la,mak sabrina yang bagi hadiah hari lahir sabrina.
KAK LEHA:aishhh tak kira lah berapa tahun pun,yang pasti sabrina memang cantik betul-betul menyerlah malam ni..
NUREEN:aku pelik lah apa yang cantik sangat kau ni sampai telopong semua orang tengok kau,padahal baju kau tu baju lama,aku ni baju baru seksi lagi,tak ada pula orang nak terpegun tengok aku.dah sah kau ni memang pakai minyak pengasih agaknya.sebab tulah faizal tu gila sangat kat kau.
SABRINA:sampai hati kau tuduh aku macam tu.
NUREEN:tak payah nak berlakon sangat lah...menyampah aku tengok..lagipun kau dengan faizal dah tak ada apa-apakan?sekurang-kurangnya dia akan pilih aku selepas ni..
SABRINA:baguslah...(melangkah pergi meniggalkan sahabatnya itu).
KAK LEHA:tak baik tahu kau cakap sabrina macam tu..
NUREEN:yang akak nak sebelah sangat dekat sabrina tu kenapa,ke akak pun dah terkena minyak pengasih si sabrina tu?
KAK LEHA:kau tahu kan yang sabrina tu tak akan main benda syirik macam tu.jahat sangat ke sabrina dimata kau sampai kau tuduh dan cakap yang bukan-bukan macam tu.
NUREEN:kak leha memang sayang kat sabrina tu,apalah yang dibagikan dekat akak sampai akak selalu sebelahkan dia.
KAK LEHA:kak leha tak sebelahkan siapa-siapalah,kalu sabrina salah akak akan tegur juga dia,akak bukan apa akak sayangkan persahabatan kau orang berdua.
NUREEN:dia yang buat nureen jadi macam ni..
KAK LEHA:bukan sabrina yang buat kau jadi macam ni,tapi kau sendiri nak jadi macam ni.




hendak saja sabrina tinggalkan masjid makan malam itu,tapi demi menjaga hati pekerja yang lain sabrina tabahkan diri melihat nureen mengoda faizal dan kadang-kadang menyentuh pipi dan tangan faizal..di dalam hati kecilnya berkata,jika faizal adalah jodoh nureen akan dia terima takdirnya.




FAIZAL:ambillah..(memberi segelas minuman)...mesti sunyi sorang-sorang..(faizal mula menyindir)..ada pakwe ditinggalkan..
SABRINA:terima kasih(senyum dan mengambil gelas yang diberi faizal).
FAIZAL:cantik..
SABRINA:huh????
FAIZAL:cantik sayang malam ni,cemburu abang bila ada lelaki lain mendekati sayang.
SABRINA:em...(sabrina tidak tahu apa yang harus dijawapnya,bila berdiri disebelah lelaki yang pernah dan akan selalu dicintainya).
FAIZAL:abang rindukan sayang(kata-katanya lebih terang. dan jelas).
SABRINA:dah lewat sabrina nak balik.(itu saja yang mampu terkeluar dari mulut sabrina).
FAIZAL:sabrina dah bencikan abang?(faizal tetap bersuara).
SABRINA:(mata mereka saling bertentangan)abang dah lupa dengan kata-kata saya hari tu?..
FAIZAL:bukan abang lupa,tapi abang......
SABRINA:saya juga macam abang,..(melangkah pergi,kerana tidak sanggup lagi hendak menjawap soalan yang bakal diteruskan oleh faizal).




lonceng pintu ditekan nureen sebanyak 3 kali di rumah besar yang dibina di atas bukit itu..setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal faizal tinggal bersendirian dengan sepasang suami isteri yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun di rumahnya..




FAIZAL:nureen!!!(terkejut bila melihat nureen yang menekan loceng pintunya).
NUREEN:hai...
FAIZAL:awak buat apa kat rumah saya pagi-pagi ni?
NUREEN:tak nak jemput saya masuk ke?
FAIZAL:maaf kat rumah tak ada orang,mak cik minah dengan pakcik daud pergi pekan.ada apa ni?
NUREEN:saja,saya rindukan awak..
FAIZAL:rindu????
NUREEN:saya datang sini sebab nak meluahkan perasan saya pada awak..
FAIZAL:nureen jangan..
NUREEN:kenapa?awak tahukan saya sangat menyintai awak,tidak seperti sabrina.setelah dia dapat apa yang dia nak dia tinggalkan awak.tapi saya tetap bersama awak..
FAIZAL:dia tinggalkan saya bersebab...
NUREEN:sebab apa?sebab dah ada lelaki lain???
FAIZAL:sudah la nureen..awak balik lah...
NUREEN:saya tak akan balik selagi cinta saya tak diterima..dan saya nak tahu kenapa awak tak boleh menyintai saya?(dengan suara yang marah)..
FAIZAL:awak nak tahu sebab dia??(dengan suara yang kuat)sebab dia seorang yang tidak pentingkan diri sendiri,baik,jujur dan setia..dan kalau awak nak tahu sampai mati pun kalau saya berkhawin dengan awak saya tetap menyintai sabrina,hanya sabrina..
NUREEN:apa yang bagus sangat dengan perempuan sial tu...
FAIZAL:sial???sial!! awak cakap..perempuan sial yang awak cakap tu telah berkorban apa saja demi persahabatannya..(dengan menunding-nunding jari kemuka nureen).
NUREEN:berkorban??(masih tidak faham dan tidak berpuas hati).
FAIZAL:ye berkorban,dia sanggup lepaskan saya demi awak,rela orang cakap yang dia tu jahat kerana main-mainkan saya,tapi saya tahu dia tak nak semua ni.tapi demi awak juga dia menyuruh saya menerima cinta awak,dan yang paling tak masuk akal dia suruh saya pinang awak dan berkhawin dengan awak.saya sanggup berkhawin dengan awak kalau itu yang membuatkan sabrina gembira walaupun dalam hati saya terluka.
NUREEN:tipu!!!tipu!!!awak tipukan....(air matanya mula mengalir)..penipu!!!
FAIZAL:sudahlah,pergi balik..dan dalam masa 3 hari rombongan meminang akan sampai ke rumah awak,puas hati awakkan????...sebab itu yang awak nak!!!!.




embun pagi membasahi kaki sabrina ketika sabrina cuba mengambil sehelai kertas yang terjatuh ketanah di hadapan rumahnya.


SABRINA:surat apa ni.(undangan ke masjlis pertunangan nurul azreen dengan mohd faizal daniel).pertunangan..(air mata sabrina mengalir,sabrina tidak tahu itu air mata gembira atau air mata sedih).tarikhnya esok pagi.aku kena pergi untuk ucapkan selamat berbahagia kepada faizal dengan nureen..(sabrina bercakap dalam hati).




keesokan paginya sabrina dengan emaknya bersiap-siap untuk kemajlis pertunangan yang di jemput oleh nureen,nureen yang hidup sebatang kara ibunya yang telah melarikan diri seminggu setelah mengetahui bapa nya berkhawin muda,dan kini nureen hanya tinggal dengan ibu tirinya setelah bapanya meninggal dunia 3tahun lepas...setiba sampai di rumah nureen..




EMAK:assalamualaikum.(macam tak ada orang je. emak sabrina bercakap sorang-sorang).betul ke hari i nureen bertunang?
SABRINA:betullah mak..harrr tu nureen...(menunding jari ke arah nureen setelah melihat kelibat nureen muncul).
NUREEN:mak cik,sabrina naik lah...
EMAK:ye lah (melabuhkan punggungnya dikerusi ruang tamu yang agak kecil itu).ibu kau mana nureen?
NUREEN:ibu ke pekan beli barang sikit...
SABRINA:kenapa kau tak bersiap lagi,rombongan sampai pukul brape?(duduk disebelah ibunya).
NUREEN:kejap lagi sampai lah..(mukanya menuduh kebawah).
EMAK:kalau macam tu pergi lah bersiap biar si sabrina ni tolong nureen bersiap..pergi lah...
SABRINA:jom nureen...(sambil memegang tangan sahabatnya itu).
NUREEN:kenapa kau buat aku macam nih.(air matanya mula mengalir).
SABRINA:kenapa???apa aku dah buat...
NUREEN:maafkan aku sabrina,aku telah banyak melakukan salah terhadap kau.
SABRINA:aku dah lama maafkan kau nureen,lupakan je.lagipun hari ni kan kau nak bertunangkan.aku harap kau bahagia dengan apa yang kau miliki nanti..
NUREEN:aku tak akan bahagia,sebab faizal sangat menyintai kau..maafkan aku sabrina aku telah aturkan takdir aku sendiri..makcik saya telah bersalah dengan sabrina,sebenarnya saya telah menghancurkan perhubungan antara faizal dengan sabrina kerana cemburu..(sambil menanggis dan memeluk emak sabrina.).
EMAK:nureen kamu x bersalah nak,cinta yang membutakan mata nureen,sekarang cinta juga menbuka semula mata nureen kan...
NUREEN:sabrina..(memeluk sabrina)..sebenarnya hari ini bukan hari pertunangan aku dengan faizal tapi aku nak kembalikan cinta kau..
SABRINA:maksud kau???
NUREEN:nah ambil lah(sekeping kertas yang diutuskan faizal buat sabrina yang tertulis"takdirmu ku terima").
SABRINA:faizal..(mengalir air mata bila membaca nota kecil dari buah hatinya)..
NUREEN:pergilah..dia tengah tunggu kau tu,tempat biasa(nureen sempat memberi senyuman sebagai tanda setuju dan mengizinkan).
SABRINA:terima kasih sabrina.(memeluk nureen sekali lagi)..mak izinkan sabrina pergi jumpa faizal?
EMAK:pergilah nak,mak izinkan jika itu takdir sabrina pergilah....
SABRINA:terima kasih mak(mencium tangan emaknya).




ditasik,ditempat biasa yang selalu mereka kunjungi dulu,mungkin akan menjadi tempat yang bersejarah buat faizal dan sabrina.




SABRINA:assalamualaikum abang...
FAIZAL:wahalaikummusalam sayang,..sayang!!!(mencekat pinggang)lama tahu tak abang tunggu,panjang sangat ke dailog yang di cakap nureen tu sampai 3jam abang kat sini tunggu sayang..
SABRINA:huh????
FAIZAL:aishhh minah bendul ni...tak faham lagi ke??
SABRINA:apalah abang ni(memuncungkan mulut)..
FAIZAL:(ketawa kecil bila melihat muka perempuan yang dicintainya merajuk)..demi sayang sejuta tahun pun abang sanggup tunggu,sampai kecut berkedut pun abang sanggup...
SABRINA:kalau berkedut sabrina pun tak nak lah.(senyum bila diusik faizal)...
FAIZAL:ye ke...(mencuit hidung mancung sabrina)...
SABRINA:nah..(memberi balik nota yang diberi oleh faizal itu)..
FAIZAL:kenapa bagi balik dekat abang...
SABRINA:saya nak abang bukan nota ni...
FAIZAL:nakal juga eh...
SABRINA:(senyum malu)..betul ke ni,apa yang terjadi hari ni???(sabrina seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku).
FAIZAL:(dengan slumber faizal mencium dahi sabrina,sehingga membuat sabrina terkejut).sayang "takdirmu kuterima".dan abang yakin sayang takdir abang..
SABRINA:isyaallah abang...




~SELAMAT MEMBACA DAN SORRY JIKA MY BLOG DAILOG TAK BEST..
   (DYANA DAILOG).





1 comment: